Persoalan Smithson Wright bersaudara

Samuel P. Langley, setiausaha Institusi Smithson dari 1887 hingga 1906, menguji kaji peluncur-peluncur model selama banyak tahun dan berjaya membina model-model kapal terbang berkuasa yang tidak dianggotai. Bagaimanapun, dua ujian untuk mesin penerbangan Aerodrome saiz penuh yang dianggotai pada Oktober dan Disember 1903 gagal dengan begitu teruk. Walaupun demikian, Institusi Smithson kemudian mempamerkan mesin Aerodrome mereka sebagai kapal terbang lebih berat daripada udara yang "berupaya" membuat penerbangan berkuasa yang dianggotai dan dengan itu, mengetepikan dan meletakkan pencapaian Wright bersaudara pada taraf sekunder. Orville Wright membuat bantahan tetapi Institusi Smithson tidak goyah. Oleh itu, Orville membalas dengan meminjamkan Flyer I kepada Muzium Sains London. Beliau menyatakan bahawa Flyer itu tidak akan diderma kepada Institusi Smithson sehingga Wilbur bersaudara (Wilbur meninggal dunia pada tahun 1912) diperakui sebagai "Bapa-bapa Penerbangan Berkuasa". Charles Lindbergh cuba menjadi pengantara dalam pertikaian ini, tetapi tidak berjaya. Pada tahun 1943, di bawah pimpinan yang lain, Institusi Smithson akhirnya bersetuju, tetapi Flyer masih dikekalkan di Britain sehingga 1948.

Pada 23 November 1948, wasi-wasi untuk harta pusaka Orville Wright memeterai sebuah kontrak dengan Institusi Smithson mengenai pameran kapal terbang Flyer I yang menyatakan:

"Kedua-duanya, baik Institusi Smithson atau waris-warisnya, mahupun sebarang muzium atau agensi lain, biro, ataupun kemudahan yang ditadbirkan untuk Amerika Syarikat oleh Institusi Smithson atau waris-warisnya, tidak boleh menerbitkan atau membenarkan pameran kenyataan atau label yang berkaitan dengan atau tentang mana-mana satu model kapal terbang atau reka bentuk yang bertarikh lebih awal daripada Kapal Terbang Wright tahun 1903, dan pada hakikatnya menuntut bahawa kapal terbang itu berupaya membawa seorang manusia di bawah kuasa sendiri dalam penerbangan terkawal."

Jika persetujuan ini tidak dipatuhi, Flyer akan dipulangkan kepada waris Wright bersaudara.